Monday 24 October 2011

Bila Suamiku Marah

Haaa...bukan nak cerita pasai suami cik Zah tau...nak cerita pasai sikap suami kita dan bila depa marah..
Mesti di kalangan isteri isteri dah faham macam mana sikap para suami bila depa menyebai atau pun marah..ada yang berdiam diri dan ada yang pot pet..pot pet..sampai berjela jela mengalahkan mak banang dalam sinar fm.
 Gambar hiasan
Diam membisu...
Jenis macam ni susah nak faham sebab kita tak tau apa yang dia pendam...selagi dia tak bersuara selagi tu lah kita pun bisu juga...betoi dak.
Tapi jenis ni lambat sikit nak cool berbanding dengan yang pot pet pot pet...
Membebel...
Jenis suami yang suka membebel bila marah ni kadang kadang menyakitkan hati dan kadang kadang boleh dapat darah tinggi sebab tekanan bila dengar depa dok bising tak habis habis ulang perkara yang sama..
Jenis yang macam ni cepat reda api kemarahan...bila habis apa yang di hujah....habislah marah dia...: )
TETAPI...
cik Zah suka yang membebel sebab kita tau apa yang dia marah sangat...hahaha kalau rasa boleh bangkang cik Zah tak mau lepas peluang... 
Ganas..
Yang ni tak mau lah...takut!

Apa yang cik Zah tulis ni sekadar sembang kosong jer..tak ada tujuan untuk sesiapa..
Tapi alam rumahtangga ni mana ada setiap hari manis kan sesekali kena ada cabaran baru lah kita sedar dari kesilapan...

Kenapa Begini


Ini gambar masa cik Zah p kenduri kawin sepupu cik Zah dekat Pantai Remis...adik cik Zah yang curi curi ambil gambar budak ni.
Tak tau apa yang di fikirkan sampai bedak selepong macam tu...sepanjang masa dia di rumah kenduri dia mesti angkat dan gigit baju seperti tuu..

Mana p mak dengan ayah dia...

Agaknya budak ni tak berapa cerdik atau pun kategori kanak kanak lembap kot sebab tu tak ada siapa layan dia...sian cik Zah tengok walaupun kadang kadang perwatakan dia agak mencuitkan hati cik Zah..
Semua orang tak peduli apa yang budak ni buat...hanya cik Zah dan adik cik Zah saja dok perhati dia sampai dia berjalan balik menuju ke jalan besar..


Sunday 23 October 2011

Penampilan

Hmmmm....simple sangat...tak boleh nanti orang ingat kita selekeh..orang mesti kata dia tu tak dak duit kot...
 
Bergaya.... nanti orang ingat banyak duit padahal semuanya kad kredit...duit gaji cukup cukup makan jer..
 
Sederhana....ni cik Zah rasa ok sikit kot...biar orang nampak kita tak berapa ada duit...tapi poket kita full..
 
Yang mana satu kita nak pilih???

Saturday 22 October 2011

Hak Kami

Hari ni seharian cik Zah, suami, Aisyah dan bonda cik Zah berusaha untuk mendapatkan hak kami balik. Semuanya gara gara orang yang tinggal di rumah arwah tok cik Zah tak mau keluar rumah tu dengan alasan arwah tok dah wasiat rumah tu pada dia sebelum arwah meninggal.
Apa jenis manusia pun tak tau. Depa ni asalnya dok menumpang saja di rumah arwah tok...kebetulan tok ada bau bau bachang dengan depa. Tapi kami tak pernah terbau bachang tuu..
Sebelum arwah ayah cik Zah meninggal dunia dia minta cik Zah dan suami p uruskan pertukaran nama rumah tu dari nama arwah tok kepada nama dia. Kebetulan arwah ayah cik Zah anak tunggal arwah tok jadi proses pertukaran nama dan proses hak ke atas segala harta pusaka arwah tok jatuh ke tangan arwah ayah.
Sebelum tu cik Zah nak bagi tau yang rumah flat yang kami tuntut tu hasil harta sepencarian arwah ayah dengan bonda cik Zah...dari mula arwah ayah beli tujuannya untuk arwah tok...arwah tak mau arwah tok merempat dok tumpang rumah adik beradik...lagi pun arwah tok memang nak sangat rumah flat tuu..
Bonda cik Zah kata masa beli rumah tu arwah ayah dah bersara tentera...duit pencen banyak manalah sangat nak bayar dua rumah...satu rumah kami duduk satu rumah arwah tok...jadi kebetulan bonda ada kemahiran menjahit baju...jadi duit jahit baju tu lah bonda membantu arwah ayah menyara kami anak beranak..huhuhu
Bila arwah tok meninggal tahun 1996 depa yang menumpang rumah flat tu minta jasa baik arwah ayah untuk tinggal di rumah tu buat sementara. Dari setahun ke setahun depa masih dok situ tak nampak pun macam nak keluar dari rumah tu..
Yang menjadi kami adik beradik marah sangat sangat satu sen pun depa tu tak bayar sepanjang 15 tahun depa menumpang di situ.
Dah tu depa tak pernah bertanya khabar arwah ayah..sakit ka...sihat ka...sampai kan arwah ayah meninggal baru baru ni pun depa tak tau.
Ini lah rumah flat tu...bukan semewah mana pun hanya rumah kos rendah saja...dulu arwah ayah beli murah sangat sangat baru rm13 ribu...sekarang harga dah meningkat ke rm56 ribu...
Sampai pagi tadi di Penang cik Zah terus p buat report polis di Balai Polis Dato Keramat..
Dua jam kami di sini sampai Aisyah bosan...nak buat macam mana sayang kita nak tuntut hak kita...letih menunggu pun kita kena tempoh juga.
Setelah membuat laporan polis kami terus p rumah tu untuk rundingan kedua...namun tak mendapat respon...
Akhirnya...terpaksa kunci.
Menurut kata jiran sebelah depa ni dah beli rumah lain tapi masih dok ulang alik ke rumah ni...cik Zah minta alamat rumah depa..
Ini lah rumah depa...jauh lebih cantik dari rumah arwah tok..

InsyaAllah cik Zah berjanji akan dapatkan balik hak bonda sebab itu dah tertulis hak kita...

Friday 21 October 2011

Aisyah Benci Ustazah Dengan Teacher

Berulang kali anak dara cik Zah akan ucap perkataan yang sama setiap kali dia balik sekolah...kenapa Aisyah kata macam tu dekat ustazah...tak baik tau dia yang ajar Aisyah ugama kita kena hormat dekat ustazah...cik Zah balas balik memujuk Aisyah.
Memang Aisyah tak suka dekat dia...dia tak pernah senyum selalu nak marah marah bila masuk kelas.
Agaknya Aisyah nakal kot...dok main masa dia dok mengajar tak bagi tumpuan..cik Zah pujuk lagi.
Tak lah...semua orang diam jadi patung bila ustazah masuk kelas..susah sangat nak senyum lepas tu dia cakap "aku" "hang" dengan kami semua...mama kata tak boleh cakap "aku" "hang"...kenapa ustazah boleh?

Anak zaman sekarang bukan macam anak zaman 70an..80an..kita semua tak berani nak komen atau membenci cikgu cikgu...pendam saja perasaan tu biar pun cikgu pulas perut kita macam nak tercabut isi bila tak tau jawapan. 

Teacher pulak sombong lah mama dia suka marah marah. Kalau tak siap kerja esok kena duduk luar kelas. Aisyah tak suka teacher. Bila cik Zah tanya Aisyah pernah tak kena duduk luar kelas dia jawab...tak pernah tapi kawan Aisyah Sharin pernah duduk luar kelas. cik Zah kata itu denda lah sebab tak habis kerja...Aisyah tak suka lah cikgu macam tu..Aisyah suka cikgu macam cikgu Nor...(tu cikgu masa Aisyah tadika)

Kadang kadang cik Zah pun susah nak bagi jawapan yang tepat untuk Aisyah sebab sesekali bila cik Zah p sekolah jumpa guru kelas Aisyah.... cik Zah ada juga terserempak dengan ustazah dan teacher....depa dua orang ni memang susah nak tersenyum. Agaknya betoi lah kata Aisyah depa ni sombong...

Hai entah lah Aisyah mama pun tak faham kenapa ustazah dan teacher garang sangat...ada dua jawapan jer kata suami cik Zah..satu mungkin murid murid nakal...dua mungkin dua dua cikgu tu nak menopous..hihihi.

Apa pun jawapannya cik Zah nak Aisyah terus menghormati dan menyayangi semua guru guru yang mengajar dia.
 

Thursday 20 October 2011

BerryGen


Kali ni cik Zah nak tunjuk apa yang cik Zah baru nak cuba amalkan. Maklumlah usia pun dah menjangkau angka empat kita orang pompuan ni dah mula nampak garis garis halus di sekitar mata dan leher pun dah mula nampak kendur...huhuhu...dah tua lah tuu.

BerryGen ni sejenis collegen didalamnya ada buah berries, raspberries, strawberries dan acerola. Kombinasi kesemuanya dapat menyehatkan rambut dan kuku. Kulit kita pun akan lebih lembut dan licin....menurut pakar dalam masa 14 hari dah nampak ...kita kena amalkan lah baru nampak perubahan pada wajah. Jangan lah sat minum sat tak minum...: )

Untuk yang mempunyai masalah jeragat kita amalkan minum 2 kali sehari....perubahan akan nampak selepas 8 minggu.

Lingkaran hitam di sekeliling mata pun nampak perubahan selepas 8 minggu.

Untuk yang tak mempunyai masalah kulit tuu akan dapat rasai selepas 2 minggu...perubahan kulit akan nampak lebih tegang, lembut dan licin.


Collegen dalam BerryGen ni juga dapat memberi kalsium pada tulang...memang bagus kan. Tipulah kalau kita tak rasa sakit sakit sendikan...umur pun makin meningkat jadi tulang pun dah nak reput. Kita kena lah cari sesuatu produk untuk membantu masalah kalsium yang semakin berkurangan...siann..
Oppss sebelum cik Zah terlupa BerryGen ni adalah produk kesihatan dari TUPPERWARE..
Sekarang ni ada offer tau kalau beli 3 kotak kita dapat diskaun 10% dengan harga rm537.30. Harga asal sekotak rm199.00. 

Sesiapa yang nak cuba bagi tau cik Zah dalam FB tau..

Wednesday 19 October 2011

Jiran

Satu petang cik Zah di kejutkan dengan satu panggilan telefon dari seorang jiran. Nak kata kami berkawan rapat tak juga sebab dia dok jauh sikit dengan rumah cik Zah.
Di pendekkan cerita dia bertanya soalan cepumas pada cik Zah..."kak hampa yang dok kumpul petang petang tepi longkang tu dok mengata dekat orang ka??
Hoi soalan memang tak sayang mulut tuu...berdesing telinga cik Zah masa tu. cik Zah jawab balik.." dak ehh kami dok tengok anak anak kami main basikal...apa masalah??" tanya cik Zah...dalam hati geram nak mampus!
Dak laa...dua tiga hari lepas kak aku p teman anak anak aku main dekat taman permainan ada orang tanya dia tak dak cuti ka hari Jumaat? dia balik bagi tau dekat aku..dia kata kalau orang dok kata lagu tu dia tak mau dah mengasuh anak anak aku!..
cik Zah tanya lagi...Habis tu apa kena mengena dengan kami yang dok tepi longkang tu?
Dia jawab apa korang tau...
Orang yang tanya soalan tu ada mai singgah dekat hampa tiga empat hari lepas...mungkin ada sesiapa p cerita kak aku dok mengasuh tiap tiap hari tak dak cuti..laa ni kak aku nak balik kerja dekat KL...
aitt...tak kan orang tu singgah bermakna kami dok cerita semua tuu...heeee....geramnya aku!
cik Zah jawab balik...
Tak pa sat gi kak p tanya dekat depa ada sesiapa p gatai mulut p menyampai cerita tu..
Tanpa melengah masa cik Zah p tanya seorang demi seorang..tapi tak siapa pun mengaku.
Akhirnya petang tu kami tanya soalan tu pada orang yang bertanya soalan...wey sapa cerita dekat hang si dia tu mengasuh anak saudara tak dak cuti langsung?
Orang yang tanya soalan tu jawab...Ehh cek memang dah tau dia dok mengasuh tak dak cuti dari dulu lagi..tak dak sapa cerita dekat cek..
Keesokkan hari cik Zah suruh budak tu p bersemuka dan berterus terang dari mana dia tau kisah tu.
Bila dah dapat jawapan si dia tu tak puas hati lagi...
Eeeee...
Dia call cik Zah lagi..
kali ni dia warning pulak..
"kak hampa dok kumpul ramai ramai tu tok sah lah dok mengata dekat orang cuba buat aktiviti yang berhemah sikit"..
mak datuk apa punya orang ni?
main tuduh orang tak tentu hala...geram aku!
Malas nak panjang cerita akhirnya kami semua boikot depa adik beradik...la ni jadi kera sumbang dok dalam rumah.
cik Zah cuma bercerita di sini untuk menjelaskan kepada semua orang bahawa tak semua orang orang yang dok berkumpul petang petang tu tak semestinya mengata dekat orang...hidup berjiran kita kena saling bertegur sapa dan saling menbantu.
Macam cik Zah dan jiran jiran kami sekadar melepaskan rasa letih setelah seharian bekerja di rumah...bila sampai waktu petang kami berkumpul sambil melihat anak anak bermain. Zaman sekarang kita kena sentiasa mengawasi anak anak di luar rumah bukan membiarkan anak anak kita merayap tanpa pengawasan...
sambil sambil tu kami bergurau dan bercerita kisah anak anak sekadar menghiburkan hati..
Kalau sesiapa di antara kami rajin buat minum atau makan petang kami akan makan bersama sama. 
Bukannya dok kumpul mengata orang...
Tak sampai satu jam kami berkumpul kami dah pun beredar masuk rumah masing masing....Magrib
Kepada dia tu kalau kakak hang nak balik KL itu masalah hang...
" Ada aku kisah"

Adoi Letihnya..

Adoii letihnya....ayat ni dah selalu kita dengarkan. Kali ni cik Zah nak bercerita tentang kerjaya seorang "surirumahtangga"
Orang selalu berfikir menjadi surirumah adalah perkara yang paling mudah tak payah nak terkejar kejar masa untuk masuk pejabat..hakikatnya surirumah lah insan yang paling sibuk sepanjang hari..
Antara tugas tugas yang rutin.. 
 
Bangun di awal pagi menyiapkan sarapan dan membasuh pakaian.
 
Hantar anak anak ke sekolah jika van atau bas sekolah tak ada.  
 
Pergi ke pasar membeli keperluan untuk hidangan tengahari
Balik rumah mengemas rumah...menyapu sampah dan mengemop rumah.

Memasak untuk hidangan tengahari.

Keluar semula...ambil anak anak balik sekolah.

Menghidangkan makanan tengahari dan mengemas semula hidangan di meja setelah anak anak selesai makan.

Membasuh pinggan mangkuk.

Menghantar anak anak ke sekolah agama atau kelas tambahan.

Balik ke rumah jika mempunyai sedikit tenaga mungkin akan memasak untuk hidangan minum petang atau singgah di mana mana warung menjual kuih petang.

Anak anak balik dari sekolah agama dan suami pun balik dari kerja...minum petang bersama.

Di sebelah malam memulakan kembali tugasan dapur untuk hidangan makan malam bersama keluarga.

Makan malam....mengemas kembali dapur.

Sebelum masuk tidur ada di antara surirumah akan melipat kain baju yang telah kering.

Selesai semua...
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Adoii...letihnya menjadi surirumah.

Ini bukan bermakna wanita yang berkerjaya tak merasa letih tapi ada perbezaan rasa letih antara keduanya..
Tak caya???...cuba anda yang berkerjaya menjadi surirumah sepenuh masa selama seminggu..
Adakah anda rasa anda boleh?

Wanita mesti BOLEH!


Tuesday 18 October 2011

Magnum Classic


Abah dah janji nak beli aiskrim Magnum tuu kata Ecah tiap kali lalu depan 7E...semua ni gara gara iklan dalam tv buat budak budak cepat terpedaya dengan model yang mengayakan aksi makan aiskrim..
Bila sampai saja kedai runcit anak dara cik Zah mesti nak beli aiskrim Magnum...mak datuk harga sebatang aiskrim Magnum rm3.90...kalau ada anak 4 orang???
Dulu zaman cik zah harga aiskrim paling mahal pun Drumstik rm1.20...kira dah cukup mewah dapat makan drumstik..nak dapat makan pun dua tiga bulan sekali bukan macam anak anak zaman sekarang cukup mewah...


Yang ni cik Zah beli saiz mini...6 batang rm11.
Kalau ikutkan hati anak dara cik Zah tu semua sekali dia nak makan..."sedap lah aiskrim ni mama"

Hakikatnya jika orang susah memang tak belilah aiskrim Magnum nii...Mahal!!!!

Bila Kita Berdengkur

Sekadar hiasan......gambar akhbar Metro

Perkara ni cik Zah sendiri kadang kadang ada mengalaminya bila badan terasa letih jika bekerja kuat di siang hari.
Selalunya bila cik Zah berdengkur suami akan kejutkan supaya bunyi dengkuran tu berhenti..hehehe mula mula rasa malu juga tapi setelah sekian lama berkahwin dah jadi perkara biasa pulak..
Keesokkan hari suami cik Zah akan cerita...malam tadi serombong kapal bunyi lama...hehehe
Semalam cik Zah terbaca dalam akhbar Metro tentang "DENGKUR"
Rupanya ianya satu penyakit yang kita kena rawat. Orang yang berdengkur boleh berhenti bernafas semasa tidur...bermakna boleh mati semasa tidur..menakutkan.
Orang yang berdengkur ni terdiri dari pelbagai lapisan usia tak kira tua atau muda.Kanak kanak pun boleh berdengkur jika terlalu aktif di siang hari atau tidak mengamalkan tidur yang cukup setiap hari...
Selama ni cik Zah ingat orang yang mempunyai saiz badan yang besar saja berdengkur kuat tapi rupanya yang bersaiz kecil pun boleh mengalami masalah yang sama.
Kepada mereka yang selalu berdengkur tu sama sama lah kita mendapatkan rawatan sebelum orang yang tidur di sebelah kita rasa terganggu...sian

ZZZZZZZZZZZ......: (
 

Saturday 15 October 2011

PERMATA HATIKU

Selamat malam....di tengah malam macam ni cik Zah tiba tiba teringat nak tulis tentang permata hati....sama seperti ibu ibu yang lain cik Zah ada seorang permata hati yang cukup membahagiakan perjalanan hidup cik Zah. Dia bagaikan pelengkap kehidupan biar pun kehadiran dia di usia cik Zah mencecah 36 tahun.
Tak tau nak cerita bila doktor mengesahkan cik Zah mengandung. Masa tu cik Zah baru berkahwin dengan suami cik Zah sekarang. Ini merupakan perkahwinan kedua bagi kami berdua. Syukur Alhamdulillah tak terhingga cik Zah bersyukur setiap hari kerana Allah memberi cik Zah peluang menjadi ibu...
Sebelum ini cik Zah di sahkan doktor pakar perbidanan yang cik Zah mengidap penyakit bernama Endrometrosis dan Ovarian Syndrom (PCOS) kedua dua jenis penyakit ni umpama punca seseorang wanita tu boleh mandul. Jika salah satu ada kemungkinan untuk mengandung mungkin ada. Pada masa tu cik Zah bersama suami yang pertama. 
Di takdirkan jodoh kami tak panjang...setelah tiga tahun hidup sendiri cik Zah ditemukan jodoh dengan suami sekarang. Di usia perkahwinan masih alam bulan madu cik Zah di sahkan mengandung 4 minggu....
Sepanjang kehamilan cik Zah tak mengalami apa apa masalah. Morning sicknes biasa lah bagi wanita hamil cuma di akhir akhir kehamilan baru meragam sikit...hahaha sentiasa lapar tak boleh lambat makan pagi, tengahari, petang, malam dan tengah malam..
Sekarang 7 tahun masa berlalu permata hati cik Zah....NUR KAMALIA AISYAH dah pun bersekolah darjah satu..Alhamdulillah sekali lagi.


Ini lah permata hatiku

PEMBUKA KATA

Assalamualaikum....kali ni cik Zah buat blog tentang diri sendiri. Nak bercerita segala pengalaman dan kisah suka duka sepanjang hari yang cik Zah lalui.
Bagi yang belum mengenali cik Zah sebenarnya cik Zah dah punyai satu blog masakan...daridapur ezzah. Blog tu sebenarnya cik Zah nak khaskan untuk dunia masakan saja tak mau campur aduk dengan cerita cerita dan kisah kisah peribadi atau yang tak berkaitan dengan dunia masakan..
Nak kata cik Zah nak buat blog baru untuk luahkan kisah kisah peribadi pun tak juga cuma kadang kadang cik Zah ada kisah kisah yang ingin di kongsikan bersama kawan kawan... mana tau kot kot kisah cik Zah ada persamaan dengan kawan kawan di luar sana bolehlah kita sama sama kongsi..

Orang kata kisah kita tak boleh nak kongsi dengan orang lain sebab kalau tersilap luahkan memakan diri...itu cik Zah cukup takut...ehh kadang kadang boleh bertukar jadi kisah lebih menarik tapi memakan diri sendiri...cek tak mau macam tu...cek nak kongsi jer...

Esok kita cerita lagi......: ))