Wednesday 30 November 2011

Tudung tu uniform lah mama

Ini kisah yang cik Zah terdiam bila dengar...kisah seorang anak bagi komen bila si ibu cuba pakai tudung untuk melakukan perubahan Maal Hijrah baru baru ni.
 
"Si ibu bertanya pada si anak..
Cantik tak mama pakai tudung macam nie?
Jawab si anak kenapa nak pakai tudung...tudung tu kan untuk uniform sekolah..."
 
Apa jawapan anda bila dapat komen macam ni?


 
 
 

Monday 28 November 2011

Batang Kali yang telah lama ku tinggalkan...

Seharian hujan di Kuala Lumpur nie...sejak awal pagi dah nampak cuaca mendung. Aisyah anak dara cik Zah awal awal lagi dah bagi tau tak mau tangguh pemergian kami ke Genting Highland.
Kebetulan nak p naik Genting Highland suami cik Zah ajak kami ikut Batang Kali nak elak kesesakkan lalulintas maklumlah hari ni cuti umum dah sah sah orang mesti ramai dekat atas tu.
Sebut jer Batang Kali cik Zah terus setuju ibarat pucuk di cita ulam mendatang....hahahaha suka sangat sangat dengan Batang Kali...dulu cik zah sekeluarga pernah tinggal di Bandar Baru Batang Kali. Masa tu suami cik Zah masih berkhidmat dengan CIMB..
Hampir dua tahun setengah kami di sana..


 
Ini rumah kedai yang baru naik....pembangunan macam cendawan tumbuh masa baru lepas hujan..
 
Dah ada dewan...masa cik Zah nak pindah balik Alor Setar dewan ni baru dok pacak pacak tiang...la ni dah siap tersergam indah..


Wah dah ada Villa dekat sini...dulu ni padang kosong jer...tempat kaum wanita main bola jaring dan jogging...


Ini rumah kawan cik Zah...dulu masa nak pindah Alor Setar bangalow dia dalam proses pembinaan...nah la ni waduhh...


cik Zah ambil kesempatan p melawat baby kawan baik cik Zah...comei...hidung terpacak..


Aisyah dengan teman sepermainan dia dulu...Sharvini..la ni depa dua ni malu malu pulak bila jumpa...dulu bukan main rapat.
Ini lah sedikit sebanyak cerita cik Zah separuh hari di Batang Kali..untuk pengetahuan semua la ni musim durian dekat Ulu Yam...tak sempat nak merasa sebab nak kejar masa..
Rasa tak puas jalan jalan di Batang Kali dah nak p naik Genting Highland...tak tau bila nak datang lagi..
 



Sunday 27 November 2011

Perjalanan Yang Memenatkan

Kita ni sebagai pengguna jalan raya memang ada setengahnya bersikap tak sabar hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..
Ini terjadi pada cik Zah semalam...rasanya sepanjang jalan ke Kuala Lumpur dari Alor Setar makan masa hampir 9 jam... Rasa serik dok lama lama dalam kereta. Sakit semua badan dan perut pun dok berbunyi kelaparan.
Ini kemalangan ke lima yang cik Zah sempat ambil gambar..tengok deretan kereta dah rasa nak termuntah..
Laluan mula tersekat sekat dari mula masuk Bukit Tagar sampai lah ke exit Bukit Beruntung..
cik Zah rasa puncanya bukan kerana kereta tu menghalang laluan tapi di sebabkan pemandu dok sibuk nak tengok kereta yang malang pada malam tuu..
Kalau lah semua pemandu menjadi pemandu berhemah tentunya perjalanan kita akan lancar dan selamat sampai dengan selamat..

Wednesday 23 November 2011

Biar mati aksyen jangan mati aksiden

Ayat apa kah itu....hahaha itu lah ayat untuk setengah orang yang sanggup berhabisan untuk kepuasan diri sendiri supaya orang lain nampak yang dia tu mewah walhal...hutang berbaris..
Rasa rasa siapa yang untung siapa yang rugi dalam kes macam ni..
Fikir fikir kan lah....

 

Sesak Yang Tak Bersebab


Jambatan Pulau Pinang sesak sepanjang 3 kilometer tapi bila sampai di tengah tengah semua berjalan lancar...
Ingatkan ada kemalangan tapi tak ada apa apa pun. Kalau kita ada kerja penting mesti membara di hati sebab perjalanan sesak yang tak tau puncanya.

Saturday 19 November 2011

Pencuri Shif Awal

Selamat berhari minggu. Rasanya ramai yang dok makan kenduri hari ni...cik Zah pun tak ketinggalan hari ni ada dua jemputan...yang tak ada jemputan tu mesti dok plan nak p bercuti dengan keluarga. 
Hari ni cik Zah nak buka kisah malam tadi...kebetulan di kawasan rumah cik Zah sejak dua tiga bulan ni panas dengan kes orang pecah masuk rumah...
Selalunya si pencuri tu masuk di waktu hampir subuh..tapi kali ni selepas magrib dia dah cuba nak masuk rumah taukeh bot ikan...tapi hajat dia tak kesampaian bila kelibat dia tuan rumah nampak...



Semua penduduk berdekatan keluar menggepung kawasan sekeliling tapi pencuri tu terlalu licik...kami tunggu sampai jam 10 malam tapi tak jumpa..
Akhirnya semua bersurai dengan perasaan kecewa dan bimbang takut takut kejadian akan terus berulang..

Betul juga kata suami cik Zah kalau si pencuri tu muncul depan mata kita pun kita tak tau dia orang yang kita cari sebab tuan rumah tak dapat lihat dengan jelas wajah si pencuri hanya susuk tubuh yang kurus saja..

 

Thursday 17 November 2011

Tak Terkeluar Air Kencing

Tak terkeluar air kencing bila cik Zah singgah nak melepaskan hajat...ni terjadi masa cik Zah dan family dalam perjalanan ke Pulau Pinang dua hari lepas...
  
Ini lah tandas di R&R Tikam Batu...menjijikkan..
Bau busuk yang menyusuk lubang hidung, kertas tisu tandas berselerak...tong sampah penuh dengan sampah...
Agak agak boleh terkeluar tak air kencing?.


Menarik

Dah nak tidur tapi mata belum boleh pejam dok fikir....fikir...fikir...lama lama cepat tua.
cik zah nak kongsi cerita yang agak menarik bila pagi tadi cik Zah singgah breakfast dekat satu warung depan Rasa Sayang Hotel Pulau Pinang..oppps sebelum tu cik zah nak bagi tau yang cik Zah dan keluarga p bercuti dua malam dekat Pulau Pinang...ehh macam tak ada tempat lain nak p...nak buat macam mana Encik Suami suka pantai..
Ok cerita warung tadi....mula mula cik Zah dan suami tak berapa tertarik nak singgah walau pun dok nampak setiap kali lalu depan warung tu...tapi pagi tadi masa cik Zah dok berehat di bolkoni hotel cik Zah terrr...tengok banyaknya kereta singgah....cik Zah bagi tau suami apa kata pagi ni kita pekena makan pagi dekat warung tu...dah jemu dengan breakfast hotel...
 
 Warung ni betoi betoi belakang bus stop...nama warung ni Is Sayang Cafe....macam macam ada. Nasi lemak pelbagai lauk, mee goreng, bihun goreng dan kuih muih...
Nampak macam biasa jer kan...tapi di dalamnya cukup menarik. Tuan punya warung ni cukup kretif dia pandai menyusun barang barang lama sebagai perhiasan supaya warung tu nampak menarik dan bersih.
cik Zah sebenarnya nak ambil gambar dalam warung tu tapi rasa segan pada pengunjung sebab ramai sampai tak cukup meja...
Kalau cik Zah dapat ambil gambar tadi tentu lebih menarik...nak ambil gambar makanan pun tak berpeluang..
Makanan di situ pun boleh tahan sedap.
 
Ni pintu masuk...siap dengan bunga bunga dan pintu gerbang..menarik kan.
 


Bila Anak Lupa Diri

Salam semua entah kenapa kebelakangan ni cik Zah memanjang emosional....rasa nak marah dan sakit hati saja. Agaknya terlalu baik dan lembut dengan orang jadi orang pun dah boleh nak pijak pijak kepala ni.
Nak cerita pun tak bagus dan boleh mengaibkan keluarga sendiri....ehh keluarga ke? Ahh...cik Zah malas nak mengaku lah...menyampah pun ada.
Entahlah zaman dah nak berakhir kot la ni anak anak pun dah mula lupakan dan abaikan tanggungjawab pada orang tua sendiri yang membesarkan dia dan memberi dia kehidupan  sampai dapat nikmatnya sekarang.
Orang tua dibiarkan tanpa bertanya khabar...bila orang tua tu nak beralih angin tinggal bersama bagi pelbagai alasan...ahh kalau cik Zah dapat anak macam ni dah lama cik Zah masuk penjara sebab buang bayi dalam tong sampah...masa lahir kalau tau ini pembalasan dia pada kita itu lah tempatnya...betoi dak?
La ni cik Zah dah penat rasanya dah sampai waktu cik Zah dan suami nak menjalankan kewajipan rukun Islam yang ke 5...tapi peluang tu memanjang terbantut di sebabkan tugas tu tak ada orang yang nak ambil alih..
Rakan rakan dan saudara mara semua terkejut bila dengar penjelasan kami....itu lah...itu lah yang terbuku di hati ni..
Nak menangis...nak meraung rasanya tapi tak ada sesiapa yang nak ambil tau...sekarang cik Zah terus membisu dan akan terus membisu selagi hati ini masih begini...
Kepada semua semua yang terbaca ni sila lah rasa ada tanggungjawab kepada orang tua kita...jangan beri alasan kerja atau sibuk untuk menggelak dari tugas itu..

Tuesday 8 November 2011

Minta Perhatian

cik Zah tengah merajuk ni sebab tak dapat perhatian dari Encik Suami sejak demam beberapa hari ni......bila panggil baru datang jenguk dalam bilik tu pun kena SMS.....huhuhu..ehh dah tua macam ni pun nak merajuk...
Mestilah sebab sebelum ni Encik Suami selalu memberi perhatian pada cik Zah....kalau demam dia kalut ajak p klinik cepat cepat tapi kali ni dia kata makan jer ubat demam dia....
Selalunya awal awal pagi dah sediakan breakfast untuk cik Zah telur separuh masak dengan roti bakar tapi kali ni tak...
Apa yang tak kena pun tak tau lah...
Cuma yang cik Zah nampak dia banyak habiskan masa depan TV mengadap berita yang entah berapa kali dok ulang berita yang sama...cik Zah yang sakit sakit badan di biarkan sendiri melayan perasaan....huhuhu...sedih
Hari ni cik Zah rasa dah ok sikit dah boleh nak basuh kain baju yang berhari hari tak berbasuh...hairan tau selalunya Encik Suami tak pernah abaikan kerja basuh baju sebab semuanya guna hujung jari jer...Pelik laaa...
Agaknya bila usia menjangkau angka empat ni kita selalu nak perhatian kot...tak pa lah nak pujuk diri sendiri tak mau simpan dalam hati takut dapat sakit jantung....
Pada Encik Suami kalau terbaca apa yang cik Zah tulis ni jangan marah tau...cik Zah tak boleh nak luah melalui kata kata.....tak romantik kah cik Zah ni?
 

Sunday 6 November 2011

Aidil Adha

Salam Aidil Adha buat semua.....ramai yang buat korban tahun ni. cik Zah dapat dekat 10 jemputan kenduri korban dan akikah. 
Ramai yang berpendapat raya haji ni untuk orang orang yang p haji saja....kita yang tak p haji tumpang tumpang jer..lagi pun cuti pun sat sangat...nasib baik dok di utara dapat cuti 2 hari...
 
Tapi tahun ni Aidil Adha tak berapa best sebab cik Zah sekeluarga tak sihat. Mula mula suami kemuadian anak dara cik Zah...la ni cik Zah pulak.
Sakit tekak sakit badan semuanya ada..wbm pun cik Zah tetap masak untuk keluarga...huhuhu
Nasi daging, dalca tulang rusuk, ayam sambal kicap kerisik, paru goreng bercili dan jelatah...ketupat pulut cik Zah oder saja...lepas tu buat rendang daging cili padi power pedas...
Itu jer...nak buat macam mana badan dah tak larat nak bersilat di dapur lama lama..

Kalau tak demam mesti banyak lagi kot...hahahaha

Harap harap esok dah ok...rasa macam tak raya kalau tak pakai baju raya dan pintu rumah tertutup..

Thursday 3 November 2011

Kandos

Tetiba je anak cik Zah bawa balik oklat Kandos ni. Teringat masa kecil kecil dulu cik Zah teramat suka beli coklat Kandos ni...dulu kalau tak silap cik Zah harganya 30 sen satu tapi saiz agak besar sikit.
 
 
Sekarang satu paket ada lapan keping kecil harga RM1.60.. dulu cik Zah kalau nak makan coklat Kandos ni mesti tak makan waktu rehat masa sekolah rendah...hahaha nak mintak duit masa p mengaji Quran tak berani macam anak anak zaman sekarang..
Dulu kalau dapat makan coklat ni memang hebat lah...mana nak kenal coklat jenama mahal mahal macam sekarang ni..
 Itu lah perbezaan anak dulu sekarang dengan anak zaman sekarang..hidup lebih mewah berbanding dengan kita zaman dulu...huhuhu..

Denggi


Wabak denggi memang dah jadi perkara biasa di kawasan perumahan cik Zah tinggal. Baru baru ni kes denggi ada lagi..

Kita jaga kawasan rumah kita...tapi orang lain dok menternak nyamuk...
 
Majlis bandaraya pun kadang kadang tak mainkan peranan dalam pembersihan...kita bayar cukai pintu tapi depa tak mai pun cuci longkang...hanya mai kutip sampah dan potong rumput saja...longkang yang penuh dengan sampah sarap tak pernah pun nampak depa mai korek...penuh sampah.. banyak saluran air bertakung... nyamuk pun bertelurlah..
 
Bila dah ada kes denggi baru dok kalut mai sembur ubat nyamuk...terimakasih cik Zah ucapkan...memang kami penduduk mengalu alukan..


cik Zah minta Pegawai Kesihatan tu p tengok jentik jentik dalam longkang belakang rumah kami...dah berjuta juta telur nyamuk menetas dalam longkang tuu..
Pernah kami sepakat beli garam seorang 3 kilo tabur dalam longkang masing masing...nak bunuh jentik jentik...tapi berapa kali jer kesempatan yang ada..

Alhamdulillah depa sembur ubat..
Untuk semua masyarakat kita semua kena sepakat bersama sama membenteras jentik jentik di kawasan rumah kita.

Potong Kuku

Haa kali ni lagi sakit kepala nak bagi jawapan...cerita Aisyah lagi....ni bab potong kuku Ustazah kata mesti kena tanam tak boleh jatuh walaupun satu....
Nanti kuku yang terjatuh tu syaitan akan ambil...
Petang tadi dia nak buat kajian lepas potong kuku...ambil satu kuku yang dah potong letak atas meja....hahahaha berjam jam dia tunggu tapi kuku tu masih di situ...

Ustazah tipu lah mama.....huhuhu mama tak ada jawapan..

Wednesday 2 November 2011

Tak Kisah

Aisyah tak kisah pun mama kalau masuk kelas A ke B ke...sama saja belajar kelas mana pun...cikgu ajar benda yang sama...itu lah ayat yang anak dara cik Zah ucapkan bila habis exam akhir tahun baru baru ni..
Meruntun jiwa bila dia dok cakap macam tuu...

Memang betoi semua jawapan yang Aisyah bagi tapi kita sebagai ibu mesti nak yang terbaik untuk anak anak kita kan..
 
Susah kalau dapat anak anak yang terlebih terror bagi jawapan..

Adik Bertunang

Dah lama tak jenguk entri ni...sibuk tahap gaban untuk seketika...adik bongsu cik Zah bertunang dengan jejaka dari Keramat AU..Shahrul Rizal Abdul Aziz...ehh nama ayah kita sama lah..
Kali ni cik Zah nak tunjuk gambar sekitar majlis pertunangan adik cik Zah tuu..
Ini cenderahati untuk tetamu dewasa...


Ini pulak untuk kanak kanak...yang biru untuk boy...yang pink untuk girl..dalam ada coklat
 Taukeh gubahan dan buat pelamin...cik Wan...tapi nama glamour dia Rozita Cik Wan Cantik...hehehe. Cik Wan memang pakar dan menjadi pilihan kerabat diraja dan vvip untuk majlis perkahwinan...



Hasil kerja tangan Cik Wan dan pembantu

 Ini pun hasil gubahan Cik Wan...pihak lelaki hantar bekas cincin. cik Zah tak mampu nak tunjuk semua bekas hantaran....nanti penuh dalam blog ni...p tengok dalam FB cik Zah...semua cantik cantik..


Acara peminangan bermula...wakil kami adik lelaki cik Zah dan wakil lelaki YB Datuk Nakaie...Betoi dak ejaan cik Zah tuu...mohon maaf Datuk kalau tersilap eja..


Acara sarung cincin...sah lah menjadi tunangan orang...


Dapat dua bentuk cincin dari bakal ibu mertua..


Shahrul Rizal dan Nor Aziah


Ibubapa Shahrul Rizal


Bersama kakak kakak dan adik Shahrul Rizal


Haa...ini kami adik beradik bersama adik ipar cik Zah yang paling kecil dalam gambar ni...


Ni Aziah dan anak anak saudara sebelum majlis bermula..


Bila majlis selesai baru lah cik Zah rasa lega...tak payah nak fikir lagi persiapan untuk majlis yang sederhana ni....
Tahun depan baru nak bersilat dan kung fu kembali....