Monday 2 January 2012

Ezzah Aziz 2012

Rasanya belum terlambat untuk cik Zah mengucapkan selamat tahun baru buat teman teman yang sudi menbaca entri cik Zah nie..
Hampir 4 minggu cik Zah tak bersiaran disebabkan kesibukkan sepanjang cuti sekolah dengan pelbagai program keluarga.. kenduri kawin...kenduri berkhatan...dan perniagaan Tupperware...ialah bukan senang cik Zah nak jaga beberapa rakan kongsi untuk maintain jualan mereka setiap bulan... lebih lebih lagi yang berpangkat Director..
Kalau tak ada jualan yang mencukupi terpaksalah cik Zah bekerja keras untuk memenuhi sasaran jualan...huhuhu..
Menjelang tahun 2012 cik Zah kena tumpukan perhatian untuk anak dara cik Zah...Kamalia Aisyah. Walaupun baru nak menjejak kaki ke tahun 2 namun sistem pembelajaran KSSR yang tak sama dengan KBSR sedikit memeningkan kepala cik Zah...bayangkan di tahun 2 nie Kamalia Aisyah dah kena belajar hantar email...hahahaha mama dia pun baru belajar di usia setua ini ...itulah anak di zaman Y..
Kepada teman teman semua sama sama lah kita berusaha untuk kejayaan sendiri dan kejayaan anak anak untuk kebahagian kita sekeluarga...
Selamat Tahun Baru....2012