Monday 13 February 2012

Dia

Kalau lah abg KB tau cik Zah bercerita dalam entri ni tentang dia mesti dia membebel marah....hahaha sebenarnya suami cik Zah ni tak suka dok kepoh kepoh bercerita pada satu dunia kisah peribadi...kalau dia intip cik Zah dok melayan FB dia mesti komen..."ala nak kentut pun nak bagi tau pada semua orang ker?"...muahahaha.



Dulu masa mula mula kawan cik Zah rekomenkan abg KB sebagai calon suami cik Zah macam tak berapa nak berkenan...hahaha sori Zaimah kalau terbaca entri aku nie..sebabnya biarlah menjadi rahsia..hehehe
Tapi setelah sebulan abg KB dok melayan kerenah cik Zah tiap tiap malam bawa makan hahaha hati mula berbunga...mana taknya dia sanggup berulang alik dari Taman Melati untuk jemput cik Zah yang masa tu mak janda di Kota Damansara...lepas makan dia hantar balik dan patah balik ke Taman Melati..
Sekarang kalau cik Zah minta buat macam tu tobat dia bagi alasan...tu lah tektik kebanyakkan lelaki bila dah dapat...tapi abg KB dah tau setiap kali turun KL agenda tetap mesti ke Kota Damansara...gunting rambut dan buat treading dekat Sri Dahlia Salun...



Sebenarnya cik Zah nak cerita sikit pengorbanan dia sebagai suami cik Zah...abah kepada 4 orang anak...3 lelaki..seorang perempuan dan anak kepada seorang bapa tunggal..
Mual mula cik Zah nak cerita pengorbanan dia sebagai anak...abg KB merupakan anak kedua dalam 4 orang adik beradik...dua orang dah meninggal tinggal dia dan seorang adik lelaki..selepas ibu tiri abg KB meninggal dunia abg KB dan abang sulung..arwah Hj Abu Samah bergilir menjaga kebajikan bapa mereka tapi setelah arwah abang sulung pergi tugas tu di pikul oleh abg KB seorang..bapa abg KB ni terlalu cerewet orangnya...tapi abg KB tak pernah membantah walaupun kadang kadang permintaan tak masuk akal..menjaga orang tua ni perlukan terlalu banyak kesabaran...abg KB antara insan yang cukup sabar hadapi dugaan itu..

Ok sekarang pengorbanan untuk anak anak pulak... anak anak abg KB dari isteri dulu semuanya hero dan masing masing punya sikap yang berlainan..ada yang kepala angin, ada yang pendiam dan ada yang sensitif. Tapi sepanjang cik Zah kawin dengan abg KB cik Zah tak pernah nampak abg KB meninggikan suara atau pun menjentik anak anak dia walaupun kadang kadang mereka lakukan kesilapan. Dia sekadar menasihati anak anak dia berusaha untuk masa depan sendiri sebab dia tak mampu nak memberi kemewahan...pelajaran di utamakan...alhamdulillah ketiga tiga anak teruna abg KB tak menyusahkan dia. 
Sekarang hanya seorang saja lagi anak perempuan dari perkahwinan kami untuk abg KB bimbing..Kamalia nama pilihan abg KB...agak degil sedikit tapi cukup takut bila abg KB bersuara...namun begitu si bongsu tetap menjadi anak paling manja.

Dulu senyuman nie pernah menggeluarkan getaran beribu ribu megawatt....hehehehe


Sebagai isteri cik Zah bersyukur ditemukan jodoh dengan abg KB...dia seorang suami yang terbaik untuk cik Zah walaupun ini merupakan perkahwinan kedua untuk kami..
Tak pernah sekali pun dia meninggikan suara pada cik zah walaupun kecerewetan cik Zah nie tahap gaban. Abg KB terlalu baik untuk cik Zah sakiti..meskipun cik Zah selalu sakitkan hati dia....hahahaha. 
Kepada isteri isteri yang punya suami yang baik macam abg KB cik Zah sama samalah kita menjaga keharmonian rumahtangga dan menyayangi suami kita sepenuh hati.