Wednesday 7 December 2011

Tak Mesra Pelanggan

Lama tak jengah entri nie...sibuk yang tak berapa nak sibuk cuma jari jemari malas nak menaip kot...
Biasalah bila dah jadi surirumah merangkap bisnes lady cik Zah tak dapat lari dari kesuntukkan masa untuk nak berblog sebenarnya..
Hal ehwal rumahtangga hampir 70% cik Zah yang kena buat walaupun nak kemas katil pagi pagi...Abg KB bukan tak tolong cuma dia punya lebih besar tugas yang perlu di galas walaupun dah pencen dan duduk goyang kaki di rumah...tak percaya?
Betoi...nanti bila free cik Zah story...la ni nak story hal petang tadi masa cik Zah p cari botol herbal life untuk ganti straw yang dah bertukar warna..
cik Zah jadi hairan kenapa stokis MLM seperti Herbal Life tak boleh menjual apa apa pun produk jika kita tak masuk ahli dibawah dia...pelik dak?
Setahu cik Zah kalau kita dah jadi ahli kita boleh nak p beli di mana mana stokis yang berhampiran...contoh macam TUPPERWARE, AMWAY, HI O, AVON, dan sebagainya...tapi HERBAL LIFE tak boleh..
Kalau macam tu susah lah para pengguna produk nak beli kalau dah kehabisan stok..
Iklan bukan main gah lagi di serata cerok hiway dari selatan sampai utara dok tunjuk gambar bintang bintang sukan...tapi perkhidmatan hampehh!
Kenapa cik Zah kata HAMPEHH!...sebab bisnes depa tu "tak mesra pelanggan"...
Bosan ehhh..



Thursday 1 December 2011

Ehhh....tahu hidung kau tuu

Sewaktu cik Zah dan keluarga singgah sebentar makan tengahari di RnR Tapah cik Zah terdengar suara marah seorang peniaga kacang kukus menjerit pada pekerja dia..
 
Ehhhh...pegi buang tahi hidung kau tuuu...apa hal kau ni memanjang tahi hidung kau terkeluar...gelilah....orang nak singgah beli kacang aku pun tak mau beli sebab tahi hidung kau tuu...pegi buang...
Kesian cik Zah tengok pekerja yang kena marah tu...mesti dia rasa malu...si taukeh kedai kacang kukus tu marah dengan suara yang kuat sampai sesiapa yang lalu depan gerai tu mesti terdengar dan curi curi pandang...
 
Sepatutnya taukeh kacang kukus tu bagi tau secara bersopan lah walaupun tahi hidung yang terkeluar tu menjijikkan bila orang tengok...tapi semua orang ada tahi hidung wooo..