Sunday 19 February 2012

Buah Rambut

Lokasi: Taman Bahtera Jalan Kuala Kedah
Masa: Lebih kurang jam 6.30 petang
 
Anis: Risaulah rambut nie ada buah ada petua dak?
Izura: Senang saja....
Anis: Bagi tau lah...kak tak pernah ada buah rambut..
Hasni: Ishh lama tak pernah dengar orang ada buah rambut
          masa zaman sekolah rendah dulu pernah lah..
Anis: Buat lagu mana Iz...(muka tak sabar)
Izura: Tunggu lah buah tu masak lepas tu kait....; )
cik Zah:Kah kah kah kah kah...(pecah perut)

Itu lah sembang petang teman teman cik Zah...
 
Mungkin macam lawak bodoh tapi kami semua gembira bila sesekali dapat ketawa bersama...




Monday 13 February 2012

Dia

Kalau lah abg KB tau cik Zah bercerita dalam entri ni tentang dia mesti dia membebel marah....hahaha sebenarnya suami cik Zah ni tak suka dok kepoh kepoh bercerita pada satu dunia kisah peribadi...kalau dia intip cik Zah dok melayan FB dia mesti komen..."ala nak kentut pun nak bagi tau pada semua orang ker?"...muahahaha.



Dulu masa mula mula kawan cik Zah rekomenkan abg KB sebagai calon suami cik Zah macam tak berapa nak berkenan...hahaha sori Zaimah kalau terbaca entri aku nie..sebabnya biarlah menjadi rahsia..hehehe
Tapi setelah sebulan abg KB dok melayan kerenah cik Zah tiap tiap malam bawa makan hahaha hati mula berbunga...mana taknya dia sanggup berulang alik dari Taman Melati untuk jemput cik Zah yang masa tu mak janda di Kota Damansara...lepas makan dia hantar balik dan patah balik ke Taman Melati..
Sekarang kalau cik Zah minta buat macam tu tobat dia bagi alasan...tu lah tektik kebanyakkan lelaki bila dah dapat...tapi abg KB dah tau setiap kali turun KL agenda tetap mesti ke Kota Damansara...gunting rambut dan buat treading dekat Sri Dahlia Salun...



Sebenarnya cik Zah nak cerita sikit pengorbanan dia sebagai suami cik Zah...abah kepada 4 orang anak...3 lelaki..seorang perempuan dan anak kepada seorang bapa tunggal..
Mual mula cik Zah nak cerita pengorbanan dia sebagai anak...abg KB merupakan anak kedua dalam 4 orang adik beradik...dua orang dah meninggal tinggal dia dan seorang adik lelaki..selepas ibu tiri abg KB meninggal dunia abg KB dan abang sulung..arwah Hj Abu Samah bergilir menjaga kebajikan bapa mereka tapi setelah arwah abang sulung pergi tugas tu di pikul oleh abg KB seorang..bapa abg KB ni terlalu cerewet orangnya...tapi abg KB tak pernah membantah walaupun kadang kadang permintaan tak masuk akal..menjaga orang tua ni perlukan terlalu banyak kesabaran...abg KB antara insan yang cukup sabar hadapi dugaan itu..

Ok sekarang pengorbanan untuk anak anak pulak... anak anak abg KB dari isteri dulu semuanya hero dan masing masing punya sikap yang berlainan..ada yang kepala angin, ada yang pendiam dan ada yang sensitif. Tapi sepanjang cik Zah kawin dengan abg KB cik Zah tak pernah nampak abg KB meninggikan suara atau pun menjentik anak anak dia walaupun kadang kadang mereka lakukan kesilapan. Dia sekadar menasihati anak anak dia berusaha untuk masa depan sendiri sebab dia tak mampu nak memberi kemewahan...pelajaran di utamakan...alhamdulillah ketiga tiga anak teruna abg KB tak menyusahkan dia. 
Sekarang hanya seorang saja lagi anak perempuan dari perkahwinan kami untuk abg KB bimbing..Kamalia nama pilihan abg KB...agak degil sedikit tapi cukup takut bila abg KB bersuara...namun begitu si bongsu tetap menjadi anak paling manja.

Dulu senyuman nie pernah menggeluarkan getaran beribu ribu megawatt....hehehehe


Sebagai isteri cik Zah bersyukur ditemukan jodoh dengan abg KB...dia seorang suami yang terbaik untuk cik Zah walaupun ini merupakan perkahwinan kedua untuk kami..
Tak pernah sekali pun dia meninggikan suara pada cik zah walaupun kecerewetan cik Zah nie tahap gaban. Abg KB terlalu baik untuk cik Zah sakiti..meskipun cik Zah selalu sakitkan hati dia....hahahaha. 
Kepada isteri isteri yang punya suami yang baik macam abg KB cik Zah sama samalah kita menjaga keharmonian rumahtangga dan menyayangi suami kita sepenuh hati.

Friday 10 February 2012

Febuari Yang Mengejutkan

Dah lama cik Zah tak jenggah entri nie...semuanya gara gara cik Zah tiba tiba di kejutkan dengan penyakit yang entah macam mana boleh datang secara tak di sangka sangka.

Awalnya cik Zah mengalami sakit sakit di kaki try makan ubat urat suami cik Zah...biasalah suami cik Zah suka sakit sakit urat bila ligat melibas di gelanggang takraw..ubat urat sentiasa ada dalam simpanan..
Tapi cik Zah rasa sakit tak pernah hilang walaupun cik Zah makan ubat urat...selalunya kalau kita makan ubat urat rasa sakit tu akan hilang tapi kali nie tak pernah hilang rasa sakit tuu..

cik Zah bagi tau suami cik Zah sebenarnya kaki kiri cik Zah nie bukannya lengguh tapi sakit...lepas tu tapak kaki cik Zah rasa kebas..suami cik Zah kata jom lah kita p klinik jumpa doktor mana tau doktor boleh bagi ubat yang lebih power..

Agak terkejut bila cik Zah terangkan rasa sakit kaki kiri ni pada doktor dia kata tak ada kena mengena dengan sakit urat...nie berpunca dari tulang belakang....doktor sarankan cik Zah pergi buat scan atau pun x ray di hospital..
Keesokkannya cik Zah dan suami p jumpa doktor pakar Orthopidik dan Spinal di Putra Medical Centre Alor Setar.. Dr Tan Chun Ee...dia sarankan cik Zah buat MRI..setuju terus tanpa mengetahui macam mana cara scan tu di jalankan..

Aduhhh...rasa macam nak mati bila cik Zah kena dok dalam benda yang macam peti mayat tu 45 minit...berkumit kumit mulut membaca ayat ayat suci sambil dalam hati hanya Allah saja yang tau...cik Zah sempat minta suami cik Zah jangan p mana mana sebab cik Zah takut dok dalam tu..nafas rasa nak terhenti selagi tak keluar dari peti tuu..

Setelah selesai cik Zah masuk bilik Doktor Tan...dia bagi tau tulang belakang cik Zah yang paling bawah sebelah kiri terselisih dengan urat sebab tu rasa sakit sepanjang masa... urat tu tergesel dan bengkak.

Suami cik Zah tanya Slip Disk ke?...doktor kata ya.

Doktor kata jalan untuk hilangkan rasa sakit tu berterusan kena kikis tulang belakang tu dan pembedahan kena buat dalam masa terdekat...huhuhuhu

Suami cik Zah kata kalau dah tak dak altenatif lain bedah sajalah...ala tak nak lah takut!!
 
cik Zah minta pandangan kawan kawan akhirnya seorang kawan baik cadangkan cik Zah pergi buat fisioterapi dengan tabib Cina..

Sekarang nie cik Zah dalam proses rawatan fisioterapi dengan tabib Cina yang mereka gelar sifu Ong..
Berdetap detup tulang belakang cik Zah pertama kali sifu Ong tekan..Alhamdulillah setakat nie sakit tu berkurangan 30%...malam dah boleh tidur dan pusingkan badan pun dah tak rasa sakit...cuma pergerakkan agak terbatas...masih sakit di pelipat dan rasa kebas tu susah nak hilang sebab urat terkena tulang kata sifu...kena banyak kali jalan kan rawatan...

Doakan cik Zah kembali pulih seperti biasa..

Kepada suami terimakasih sebab banyak membantu..