Sunday 27 November 2011

Perjalanan Yang Memenatkan

Kita ni sebagai pengguna jalan raya memang ada setengahnya bersikap tak sabar hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain..
Ini terjadi pada cik Zah semalam...rasanya sepanjang jalan ke Kuala Lumpur dari Alor Setar makan masa hampir 9 jam... Rasa serik dok lama lama dalam kereta. Sakit semua badan dan perut pun dok berbunyi kelaparan.
Ini kemalangan ke lima yang cik Zah sempat ambil gambar..tengok deretan kereta dah rasa nak termuntah..
Laluan mula tersekat sekat dari mula masuk Bukit Tagar sampai lah ke exit Bukit Beruntung..
cik Zah rasa puncanya bukan kerana kereta tu menghalang laluan tapi di sebabkan pemandu dok sibuk nak tengok kereta yang malang pada malam tuu..
Kalau lah semua pemandu menjadi pemandu berhemah tentunya perjalanan kita akan lancar dan selamat sampai dengan selamat..