Saturday 19 November 2011

Pencuri Shif Awal

Selamat berhari minggu. Rasanya ramai yang dok makan kenduri hari ni...cik Zah pun tak ketinggalan hari ni ada dua jemputan...yang tak ada jemputan tu mesti dok plan nak p bercuti dengan keluarga. 
Hari ni cik Zah nak buka kisah malam tadi...kebetulan di kawasan rumah cik Zah sejak dua tiga bulan ni panas dengan kes orang pecah masuk rumah...
Selalunya si pencuri tu masuk di waktu hampir subuh..tapi kali ni selepas magrib dia dah cuba nak masuk rumah taukeh bot ikan...tapi hajat dia tak kesampaian bila kelibat dia tuan rumah nampak...



Semua penduduk berdekatan keluar menggepung kawasan sekeliling tapi pencuri tu terlalu licik...kami tunggu sampai jam 10 malam tapi tak jumpa..
Akhirnya semua bersurai dengan perasaan kecewa dan bimbang takut takut kejadian akan terus berulang..

Betul juga kata suami cik Zah kalau si pencuri tu muncul depan mata kita pun kita tak tau dia orang yang kita cari sebab tuan rumah tak dapat lihat dengan jelas wajah si pencuri hanya susuk tubuh yang kurus saja..

 

No comments:

Post a Comment