Thursday 17 November 2011

Bila Anak Lupa Diri

Salam semua entah kenapa kebelakangan ni cik Zah memanjang emosional....rasa nak marah dan sakit hati saja. Agaknya terlalu baik dan lembut dengan orang jadi orang pun dah boleh nak pijak pijak kepala ni.
Nak cerita pun tak bagus dan boleh mengaibkan keluarga sendiri....ehh keluarga ke? Ahh...cik Zah malas nak mengaku lah...menyampah pun ada.
Entahlah zaman dah nak berakhir kot la ni anak anak pun dah mula lupakan dan abaikan tanggungjawab pada orang tua sendiri yang membesarkan dia dan memberi dia kehidupan  sampai dapat nikmatnya sekarang.
Orang tua dibiarkan tanpa bertanya khabar...bila orang tua tu nak beralih angin tinggal bersama bagi pelbagai alasan...ahh kalau cik Zah dapat anak macam ni dah lama cik Zah masuk penjara sebab buang bayi dalam tong sampah...masa lahir kalau tau ini pembalasan dia pada kita itu lah tempatnya...betoi dak?
La ni cik Zah dah penat rasanya dah sampai waktu cik Zah dan suami nak menjalankan kewajipan rukun Islam yang ke 5...tapi peluang tu memanjang terbantut di sebabkan tugas tu tak ada orang yang nak ambil alih..
Rakan rakan dan saudara mara semua terkejut bila dengar penjelasan kami....itu lah...itu lah yang terbuku di hati ni..
Nak menangis...nak meraung rasanya tapi tak ada sesiapa yang nak ambil tau...sekarang cik Zah terus membisu dan akan terus membisu selagi hati ini masih begini...
Kepada semua semua yang terbaca ni sila lah rasa ada tanggungjawab kepada orang tua kita...jangan beri alasan kerja atau sibuk untuk menggelak dari tugas itu..

No comments:

Post a Comment