Thursday 17 November 2011

Menarik

Dah nak tidur tapi mata belum boleh pejam dok fikir....fikir...fikir...lama lama cepat tua.
cik zah nak kongsi cerita yang agak menarik bila pagi tadi cik Zah singgah breakfast dekat satu warung depan Rasa Sayang Hotel Pulau Pinang..oppps sebelum tu cik zah nak bagi tau yang cik Zah dan keluarga p bercuti dua malam dekat Pulau Pinang...ehh macam tak ada tempat lain nak p...nak buat macam mana Encik Suami suka pantai..
Ok cerita warung tadi....mula mula cik Zah dan suami tak berapa tertarik nak singgah walau pun dok nampak setiap kali lalu depan warung tu...tapi pagi tadi masa cik Zah dok berehat di bolkoni hotel cik Zah terrr...tengok banyaknya kereta singgah....cik Zah bagi tau suami apa kata pagi ni kita pekena makan pagi dekat warung tu...dah jemu dengan breakfast hotel...
 
 Warung ni betoi betoi belakang bus stop...nama warung ni Is Sayang Cafe....macam macam ada. Nasi lemak pelbagai lauk, mee goreng, bihun goreng dan kuih muih...
Nampak macam biasa jer kan...tapi di dalamnya cukup menarik. Tuan punya warung ni cukup kretif dia pandai menyusun barang barang lama sebagai perhiasan supaya warung tu nampak menarik dan bersih.
cik Zah sebenarnya nak ambil gambar dalam warung tu tapi rasa segan pada pengunjung sebab ramai sampai tak cukup meja...
Kalau cik Zah dapat ambil gambar tadi tentu lebih menarik...nak ambil gambar makanan pun tak berpeluang..
Makanan di situ pun boleh tahan sedap.
 
Ni pintu masuk...siap dengan bunga bunga dan pintu gerbang..menarik kan.
 


No comments:

Post a Comment